Friday, June 12, 2009

Tazkirah Buat Kau & Aku

Surat dari seorang hamba Allah;
baru2 ney saya terbaca blog ustaz dan saya tertarik dengan isi dan maklumat yang ustaz masukkan dalam blog ustaz... lebih2 lagi mengenai TAUBAT. Dengan alamat email yang ustaz tinggalkan dalam laman blog, saya tidak mensia2kannya untuk berhubung dengan ustaz dengan harapan ustaz dapat membantu saya dalam mengecapi keredhaanNYA..
.
biarlah saya menceritakan serba sedikit mengenai masalah saya, saya boleh dikatakan sejak kecil saya begitu rapat dengan agama..dalam erti kata saya lebih tertumpu kepada mengamalkan sifat mahmudah.. saya banyak membaca buku2 ilmiah, kisah2 nabi, tidak hairanlah pelajaran pendidikan islam saya lebih bagus berbanding mata pelajaran yang lain.
.
Namun begitu, dengan usia yang semakin meningkat remaja... saya telah hanyut dengan pelbagai aktiviti yang kurang sihat. Saya bergaul dengan kawan2 yang kaki botol,kaki lepak.. saya juga pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki saya. saya tidak nafikan semua yang berlaku serba sedikit berkait rapat dengan masalah keluarga saya.. tekanan itulah yang mendorong saya melakukan aktiviti tersebut.
.
2 tahun sudah berlalu, kini saya kembali pada jalan Allah s.w.t. alhamdullilah... saya banyak memperbaiki dan menginsafi diri.. berzikir, membaca Al-Quran, solat tahajjud,berpuasa.. namun begitu saya masih di selubungi keluarga yang bermasalah.. semua itu benar2 menguji kesabaran saya, saya bimbang saya akan terjerumus pada aktiviti lama saya..

ustaz, adakah taubat saya diterima Allah s.w.t ? bagaimana caranya saya menangani masalah keluarga saya yang selalu menyalahkan diri saya. Baik yang saya lakukan buruk juga di pandangan mereka..
.
saya sedar semua ini dugaan dariNYA.. menduga keimanan serta kesabaran yang ada pada diri saya.. mungkin ini tanda kasih sayangNYA pada saya mengajak saya agar lebih dekat denganNYA..
.
saya berharap ustaz dapat menasihati saya dan beri sedikit tips agar saya terus berada di jalanNYA.. Tidak pula jauh dariNYA.. semoga ada ilmu yang boleh dikongsi bersama untuk bekalan kita di akhirat sana. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Firman Allah SWT: "Dan berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang2 yang beriman". InsyaAllah.

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kerana saudari kerana telah kembali ke pangkal jalan. Bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha. Dengan harapan Allah SWT mengampunkan segala dosa, maksiat, dan kesilapan yang telah dilakukan masa lalu. Bertaubatlah! kerana ajal kita tidak mengenal waktu dan tempat.
.
Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34).
.
Moga2 Allah tetapkan hati saudari, teguhkan keimanan, dan berikan kekuatan untuk sentiasa yakin dengan keampunan dan rahmat dari Allah SWT.

Sebelum ini saya ada menulis didalam blog
artikel tentang taubat, syarat2 yang perlu ada bagi seseorang yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha dan kembali kepada Allah. Antaranya:

1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.
.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan
sebelumnya (sekiranya boleh).
.
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia
sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

Syarat2 taubat diatas adalah antara perkara2 pokok yang telah digariskan oleh para ulama' dalam usaha kita untuk kembali kepada Allah SWT selain kita ikhlas dan yakin dengan maghfirah dan rahmat dari Allah SWT.

Saya yakin dan saudari mesti yakin bahawa Allah menerima taubat saudari kerana Allah SWT sangat suka hamba2nya yang bertaubat, yang berharap hanya kepada-Nya dan datang meminta kepada-Nya. Yakinlah sekiranya kita dekat dengan Allah....maka Allah itu lebih dekat lagi dengan kita. Allah mampu menghapuskan dosa hamba2nya sekelip mata sahaja. semuanya adalah dibawah kekuasaan Allah SWT. Pokoknya adalah keikhlasan kita.
.
Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.
.
Berkenaan masalah keluarga saudari yang masih menaruh sangka buruk pada saudari dan tidak membantu usaha saudari memperbaiki diri....anggaplah ianya adalah ujian Allah kepada saudari dalam menguji keikhlasan dan keyakinan dalam diri saudari. Atau anggaplah ianya kaffarah (balasan utk menghapuskan dosa yg telah lalu) daripada Allah hasil kelalaian saudari suatu ketika. Nasihat saya agar saudari bersabar, jaga hubungan dengan keluarga, bersangka baik dengan Allah, teruskan beramal soleh, dan tidak berputus asa. Doakan juga agar Allah lembutkan hati2 mereka.

Sentiasalah tanamkan dalam diri, perasaan takut dan benci untuk kembali kepada kemaksiatan, takut akan azab dari Allah SWT. Sentiasalah mengadukan hati yang gundah dan harapan kepada-Nya dengan berdoa, berzikir, bermunajat, dan bermuhasabah.

Carilah kawan2 yang baik yang boleh membantu usaha saudari untuk berubah. Sudi mendengar masalah. Sudi menegur dan memberi nasihat. Mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Faktor kawan adalah antara faktor yang besar dalam mencorak akhlak dan peribadi kita. Terutama golongan remaja. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Manusia mengikut agama kawannya" (Riwayat At-Tirmizi). Maka Berhati-hatilah ketika memilih kawan. Jauhi daripada kawan2 yang boleh menyebabkan kita kembali kepada kemaksiatan. kerana kita tidak tahu sejauh mana kekuatan dan keteguhan iman kita dalam menghadapi godaan dan cabaran. Yang memungkinkan kita kembali kepada kemaksiatan.

Jangan tinggalkan solat dan solat di awal waktu, tutup aurat, tambah amalan2 sunat, rajin puasa sunat, dan jaga hubungan dengan sesama manusia (keluarga, kawan2, dsb.)

Akhir sekali nasihat saya. Bertaqwalah kepada Allah! takutlah akan Dia dan ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan gerak geri kita. Sehinggalah akhirnya kita semua akan dipanggil kelak menghadapnya. Tahniah sekali lagi! Moga Allah bantu anda menjadi muslimah yang baik di dunia dan di akhirat. Amin.

Semoga yang sedikit ini memberi manfaat. Buat saudari. Buat saya juga!!
.

1 comment:

Anonymous said...

x sangka ada org yg menghadapi dugaan yg sama spt saya..saya seorang yg berpendidikan dan bekerjaya dlm bidang agama.namun dugaan yg tiba disaat diri tidak berteman dan tertekan dgn nasib diri yg sering malang. akhirnya sedikit demi sedikit keyakinan pd Allah berkurangan sedikit demi sedikit hingga tiba satu tahap saya meninggalkan semua perkara yg wajib dan melakukan maksiat dgn melihat perkara yg haram.
kadang-kadang teringat saya akan solat. tapi jika terlupa saya tidak rasa apa-apa..sejak kecewa dgn lelaki saya terus berputus asa dgn cinta termasuk cinta pd Illahi..pada saat saya membaca tazkirah ini hati saya terus tersentuh..sudah lama saya ingin meluahkan dan ingin bertaubat namun tiada tempat yg boleh bergantung. Namun,dgn hidayah Allah saya menjumpai blog ini..alangkah indahnya jika saya dpt meluahkan apa yg saya lalui spt ustaz luahkan dlm blog ini..moga ustaz dpt mendoakan kekuatan utk diri saya bertaubat dan kembali yakin dgn kasih dan sayang Allah...sejak berbulan lamanya saya menjauhkan diri dr rahmat dan perlindungan Allah...terima kasih kpd ustaz yg sudi berkongsi maklumat dan tazkirah utk saling ingat mengingati antara satu sama lain..jazakallahu khairan kathira..