Monday, September 11, 2006

Selamat Hari Lahir Mak...


Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu

Friday, August 18, 2006

Muhasabah Pelayaran Mujahid

Alhamdulillah, pejam celik rupanya dah hampir setahun aku berkelana di bumi mesir. Rasenye baru semalam aku jejakkan kaki di mator. Masukkan bag dan kotak2 yang sarat kedalam bas. Bertolak ke rumah johor. Fuuh... gembira masa tu x leh nak gambarkan. Rasa macam x percaya yang aku kini berada di bumi anbiya' dan akan bergelar azhariyyun. Mungkin sebab terlalu gembira bertandang ke negara orang, gelaran azhariy tu aku nampak ringan.

Masa berlalu begitu pantas. Berkenalan dengan Al-Azhar. Berurusan dengan syu'un. Kejar 80 palang. Imtihan fasal awal. Fasal sani. Dan skarang menanti natijah tahun satu. Satu penantian yang cukup meresahkan. Keresahan yang x sama seperti 2-3 tahun yang lepas. Time2 camni la kepala ni asyik mengenangkan perjalanan hidup sepanjang setahun bermastautin di bumi mesir. Ya Allah tenangkanlah hati hambamu ini. Saat ini, mendengar suara mak paling menenangkan. Mak la satu2nya orang yang paling faham keadaan aku. "...jaga solat, tambahkan amalan sunat, baca qur'an selalu, ape yang dah blajar tu amalkan, berkhidmat untuk agama, bangsa, negara.." Kata2 yang selalu di lafazkan dihujung talian. Tersirat di sebalik kata2 tu satu harapan dan impian yang menggunung. Sesekali aku bermenung sendiri. Berapa banyak input yang bertambah dalam diri aku selama setahun aku di sini? Adakah natijah yang akan keluar ini menjadi kayu pengukur bukti kesungguhan aku. Wallahu a'lam. Semoga Allah sentiasa membimbing aku dan tidak sekalipun melepaskan pandangan dari hambaNya yang lemah ini.

Buat2 sibuk dengan urusan2 dan program2. Harapannya dapatla lupakan keresahan di hati. Tapi hakikatnya hati sentiasa berbisik sendiri. Mungkin kurang di isi dengan perkara2 yang boleh menenangkannya. Awal bulan depan pelajar2 baru pula akan sampai. Mesti sibuk dengan kerja nak uruskan mereka. Taklifan sebenarnya x membebankan. Bagi aku itulah satu2nya cabang pendidikan. Melatih seorang da'ie yang bakal graduasi dari rimba ilmu. Tapi aku takut aku bukan orang yang selayaknya untuk di taklifkan. Istighfar pada Allah. Dia maha tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya. Moga hadaf utama aku x tersasar. Masih jauh pelayaran. Aku mesti jelas dengan matlamat menuju cinta Ilahi. Moga aku semakin tabah dan kuat meniti hari2 mendatang.

Sahabat2 doakan aku. Natijah akan keluar bila2 masa. Sekalung tahniah buat sahabat2 yang najah. Moga Allah memberi kekuatan untuk kita istiqamah dalam menuntut ilmu2Nya. Dan aku doakan ketabahan & kesabaran buat sahabat2 yang bawa madah. Apa sahaja yang kita dapat itulah yang kita usahakan. Moga ia menjadi motivasi bagi kita menjadi lebih baik di hari2 yang mendatang. Yang pasti Allah tidak menzalimi hamba2Nya.

" Siiru 'Ala Barakatillah "

Monday, August 07, 2006

Bingkisan buat diri

Aku akur diri ini penuh dengan persoalan yang x terungkai semudah bicara… Aku akur diri ini penuh dengan kerisauan yang x terpadam sehembus Cuma. Ke mana arah aku..?? kemana layar ini pergi..?? ke mana ombak..?? ke mana angin..?? badai x mendesah seganas semalam, ombak x melonjak setinggi kelmarin... namun pelayar bingung sendiri di pukul gelombang…

ke mana pelayar muda yang dulu? yang darah perjuangannya pantas mengalir meyusup ke setiap urat nadi tatkala ISLAM terpacul dari kalam insan… ke mana bara yang menyala (hati) ? yang dulu kau genggam mentah membakar seluruh pelusuk jiwamu yang tulus tatkala ISLAM dicerca dihina? Ke mana?? Apakah ia telah hanyut bersama pelayaranmu yang panjang?? Apakah telah terbakar hangus dek api yang pernah kau sendiri ciptakan?? Ingat??!! Di sana menantimu ombak2 lapar yang kini sedang menelan rakus saudara2mu… di sana menantimu Api yang menjulang2 yang membakar hangus tubuh2 kudus saudara2mu...

Oh Tuhan, Mengapa mereka menanti aku yang kian padam. Mengapa menanti aku yang kian kelam. Benarkah aku pelayar tunggal itu?? Oh Tuhan, kemanakah nakhoda yang dulunya memacu laju bahtera ini?? kemanakah pelayar muda yang dulunya gah menuju destinasi?? kembalikan aku!!!

Terima kasih sang bayu… telah kau khabarkan pada kemudi destinasi itu… telah kau titipkan bahang itu meresap kembali kesegenap tubuhku. menggelodak jiwa yang kian mendap. Membakar bara yang hampir malap. Menyala kembali ruang yang hampir gelap..kusam. Kini akan ku bangkit kemudi layar. Menentang arus meniti destinasi yang tersasar… akan aku khabarkan pada samudera, bahteraku bukan mainan ombak yang sewenang2 memukul pelayaran aku. Aku mujahid muda…. Musafirku membawa nyawa (amanah). Musafirku bukan sia2… aku pulang dengan habuan. Aku pulang bawa bekalan.

Oh saudaraku.. nantikan aku dengan semboyan. Ukirkan buatku senyuman. Senyuman mujahid memburu syahid. Ya aku faham, fitrah perjuangan itu pahit… pengorbanan bunga2 perjuangan. Telanlah kepahitan itu… Kelak di'sana' telah Allah janjikan kemanisan tiada tolok bandingan. Saudaraku, Bakarlah obor itu biar marak… agar perjuangan tidak gelap. Kibarkan panji kebanggaan di balik cahaya gilang gemilang. Api… jangan kau padam… bakarlah! biar mendidih darah para mujahid mengejar cita2 murni (syahid). Nantikan aku yang membawa senjata dan perisai tarbiah. Buat bekalan perjuangan yang x berpenyudah. Tidak akan aku biarkan lagi pelayaran ini sepi… x kan ku biarkan lagi pelayaran ini bersendiri. Kini aku jelas kembali. Pokoknya, Aku dan destinasi. merungkai persoalan & kerisauan hati. Kenalilah… Aku mujahid muda. Darahku untuk agama. Moga istiqamah menuju destinasi yang selamanya….
.
Oleh: Firdauz

" Aku Dan Destinasi "

Monday, June 05, 2006

10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaima keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab, kerana bahasa arab yang betul adalah satu-satunya syi'ar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap dengan lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui, kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskamlah pelaksanaanya.

" Subhanaka Rabbana Subhanak "

Friday, May 19, 2006

Rintihan Seorang Hamba













Oleh: Firdauz


Ya Allah,
Saat dan ketika ini aku sujud menghadapMu
Aku datang kepadaMu oh Tuhan…

mencari secebis sakinah bagi hati yang kotor lagi gundah
Ampunkanlah segala dosa2 yang telah aku lakukan
Ampunkanlah segala dosa2ku Ya Allah
Ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku Ya Allah
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil hinggalah aku dewasa.
Tempatkanlah mereka dikalangan hamba2mu yang soleh Ya Allah

Ya Allah,
Ampunkanlah segala dosa2ku Ya Allah
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku YaAllah
Ampunkanlah dosa guru2ku Ya Allah
Ampunkanlah dosa sekalian ahli keluargaku Ya Allah
Ampunkanlah dosa sahabat2ku Ya Allah
Ampunkanlah dosa sekalian kaum muslimin dan muslimat Ya Allah
Kurniakanlah kami hidayah & inayahMu Ya Allah
Moga hati2 kami sentiasa mengingatiMu Ya Allah
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Allah..

Jalan menuju keredhaanMu Ya Allah
Janganlah kau biarkan hati2 ini lalai dari mengingatiMu Ya Allah
Jangan kau biarkan hati2 ini leka Ya Allah
Dengan nikmat duniaMu yang sementara ini Ya Allah
Sesungguhnya tidak kau ciptakan kami melainkan untuk beribadah kepadaMu Ya Allah
Kami insan yang lemah lagi hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Kurniakanlah kami hidayahMu YaAllah
Kurniakanlah kami maghfirahMu Ya Allah
Dalam kami maniti hari2 kami sebagai hambaMu Ya Allah
Sebenarnya kami malu untuk menghadapMu Ya Allah..
Kami malu untuk memohon dariMu Ya Allah.. kami malu Ya Allah..
Tangan yang menadah ini banyak melakukan dosa kepadaMu Ya Allah
Tangan yang menadah ini banyak melakukan maksiat kepadaMu Ya Allah
Kami tidak layak mendapat kasih sayangMu Ya Allah
Kami tidak layak memohon darimu Ya Allah
Tetapi hanya kepada engkaulah tempat kami bermohon Ya Allah
Hanya kepada engkau lah tempat kami berserah Ya Allah
Hanya kepada engkaulah kembali segala urusan kami Ya Allah
Janganlah kau tinggalkan kami Ya Allah
Janganlah kau tinggalkan kami walau sesaat pun Ya Allah
Janganlah kau biarkan kami dalam kesesatan dan kelalaian Ya Allah
Janganlah kau biarkan kami tenggelam dalam kenikmatan yang sementara ini Ya Allah
Janganlah kau tinggalkan kami karam dalam lautan yang membinasakan Ya Allah
Tuntunilah kami menempuhi hidup yang penuh mihnah ini Ya Allah
Tuntunilah kami dengan rahmat kasih sayangMu Ya Allah

Ya Allah,
Kurniakanlah kami kejayaan dalam kehidupan kami Ya Allah
Kurniakanlah kami kejayaan cemerlang dalam pelajaran kami Ya Allah
Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi wasilah bagi kami memperjuangkan agamaMu Ya Allah
Kurniakanlah kami kejayaan cemerlang dunia dan akhirat Ya Allah
Kami harapan agama kami Ya Allah
Kami harapan ibu bapa kami Ya Allah
Kami harapan masyarakat kami Ya Allah
Kami akui berat beban yang sedia tergalas di bahu kami Ya Allah
Beban itu makin memberat saban hari Ya Allah
Tapi kami selalu alpa Ya Allah
Kami selalu lalai dan leka Ya Allah
Kami terkubur ditelan ammarah yang memacu hati2 kami Ya Allah
Memamah seluruh ruang jiwa kami..Ya Allah.. kian kosong
Kini, kami bersujud di hadapanMu Ya Allah
Kami bertaubat kepadaMu Ya Allah
Kami bertaubat kepadaMu Ya Allah
Sesungguhnya kami menyesali dosa2 kami Ya Allah
Terimalah
taubat kami ini Ya Allah
Terimalah taubat kami ini Ya Allah
Sesungguhnya hanya engkau yang Maha menerima taubat

Ya Allah,

Isilah hati2 kami dengan kebesaranMu
Isikanlah hati2 kami dengan limpahan hidayahMu
Sesungguhnya kami ini sampah tanpa cintaMu Ya Allah
Kurniakanlah bagi kami tempat disisiMu Ya Allah.
Kurniakanlah bagi kami syafaat kekasihMu Ya Allah
Kau peliharalah iman2 kami Ya Allah
Dalam kami meniti sisa2 hari kami Ya Allah

Menanti manisnya natijah firdausi
Destinasi abadi...

“Ilahi Rabbi, Anta Maqsudi, Waredhaka Mathlubi”

Thursday, April 27, 2006

Maulidur Rasul

HUKUM MAULID
Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.
HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL
Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.
Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".
Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:
“Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”
Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:
“Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”
Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan):
“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.
Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman:
“maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157
Keterangan:
Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
2) Firman Allah:
“Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”
3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?”
Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
Keterangan:
Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL
Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:
1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)
Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]
2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..
Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.
3) Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)
Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Wednesday, April 26, 2006

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Awal kalam, ahlan wasahlan ana ucapkan buat sahabat2 kerana sudi berkunjung ke blog ini. Selaut syukur dirafa'kan kehadrat Allah s.w.t pentadbir semesta alam, kerna dengan limpah rahmat dah hidayah-Nya barulah tergerak hati ana untuk menyusul jejak rakan2 seperjuangan mencipta blog. Melihat kepada kepentingan dan keperluan kemahiran ini bagi seorang da'ie mu'asarah (pendakwah moden), juga sebagai satu kesinambungan kepada perjuangan para ulama' ana mulakan kembara ini. Semoga usaha yang terlalu kecil ini dinilai oleh Allah s.w.t seterusnya menjadi wasilah dan pemangkin perjuangan Islam. Semoga Allah s.w.t mengurniakan hidayah dan inayah-Nya mengiringi usaha kita, InsyaAllah.

"Moga redha-Nya mengiringi segalanya"