Wednesday, June 03, 2009

Berdepan Dengan Pilihan???

Perginya seorang permata

Semalam seorang adik Johor, Hanif Nordin, pelajar tamhidi (matrikulasi Al-Azhar) berangkat pulang ke tanah air setelah hampir setahun bermastautin di bumi Mesir. Sayang seribu kali sayang. Belum sempat digilap sudah berkelana pergi. Terbelenggu dengan beberapa masalah dan terbeban dengan pilihan dalam pengajian membuatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Mesir dan menyambung pengajian di Malaysia. 'Ala kulli hal semoga ia adalah pilihan yang terbaik buatnya.

Pesan abang agar teruskan perjuanganmu menuntut ilmu Allah di bumi Malaysia. Jangan bersedih dan bersusah hati. Kuatkan tekad dan semangat, yakin dengan diri, dan yang paling utama jangan berputus asa. Moga2 Allah iringi perjalanan enta dan permudahkan segala urusan. Moga2 kelak kita berjumpa di medan yang sama. InsyaAllah.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Saat seperti ini mengimbas kembali kenangan aku suatu ketika dulu. Berdepan dengan pilihan dalam menyambung pengajian. Dari zaman sekolah menengah hingga ke Universiti. Ah… saat2 yang aku rindukan.
..
Hidup kita akan sentiasa berdepan dengan pilihan. Dari sekecil-kecil hingga sebesar2 urusan. Berdepan dengan pilihan bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun kebiasaannya pilihan hanya ada dua: A atau B?
.
Pilihan aku untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar tidaklah semudah yang disangka. Dilanda dengan badai kemelut pilihan saat2 akhir. Dilanda dengan hujah2 kenapa perlu dan kenapa tidak. Ditolak tarik segenap penjuru. Dan akhirnya tekad juga aku pergi.

Satu

Pertengahan Julai 2005 menyaksikan kemasukan pelajar-pelajar baru ke universiti-universiti tempatan. Aku terpilih untuk menyambung pengajian dalam jurusan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Ramai juga kenalan seangkatan di Maahad daftar bersama. Mendaftar diri sebagai mahasiswa baru. Mendaftar diri sebagai penghuni kolej. Berkenalan dengan rakan2 baru. Melayu, Cina, India. Ah! rindunya saat2 itu.


Sebulan pertama aku isi sepenuhnya. Jadual harian padat dengan aktiviti. Boleh dikatakan terlalu banyak program yang aku cuba ikuti. Maklumlah... mahasiswa baru. Masih hangat2. Perasaan ghairah dan tamak itu akhirnya memakan diri. Hampir aku mengeluh saban hari. Manakan tidak? Aku join 3 usrah (berlainan), 1 tamrin, 2 persatuan martial art, 2 kelab seni, 2 persatuan islam, dan 1 persatuan anak negeri, selain aktif di kolej dan fakulti.

Sebulan seterusnya aku mula belajar menikmati arus kehidupan di kampus. Aku saring keperluan diri satu persatu. Mana yang perlu dan mana yang tidak. Berimamkan naqib di kolej, aku dipimpin membawa hala tuju diri. Mengajar aku erti ukhwah dan berkasih sayang. Mengajar aku erti berjuang untuk islam.
.
DUA
.
Bulan ke-3 adalah penentu. Saat ini rakan2 seangkatan diluar sana sedang membuat persiapan terakhir untuk ke Mesir setelah selesai mengikuti seminar2, program2 khusus, dan kursus bahasa. Tarikh ke Mesir juga telah hampir pasti. Tinggal aku resah sendiri.
.
Sebulan terakhir inilah klimaksnya. Aku dihantui dengan pilihan samaada melangkah keluar UKM menuju ke Mesir. Atau teruskan sahaja perjuangan aku di tanah air. Ah! Tidak senang duduk aku dibuatnya. Keluarga menyerahkan sepenuh keputusan kepadaku.
.
1) Rakan2 senior, naqib, dan rakan sepengajian meminta agar aku kekal sahaja mengaji di UKM. Bisa aku teruskan perjuangan dan menyambung mata rantai perjuangan di tanah air. Menjadi duta dan penyampai maklumat bagi rakan-rakan di timur tengah.
.
2) Pensyarah2 fakulti pengajian Islam pula mengesyorkan agar aku menyambung pengajian di Mesir atas beberapa faktor besar.
.
Dan akhirnya aku tekad juga ke Mesir di saat2 akhir. Saat itu kurang 2 minggu sebelum rombongan berangkat. Alhamdulillah semua urusan lancar dan mudah. Tidak mengikuti kursus dan seminar tidak menghalang aku untuk terbang bersama2 yang lain. Tanggal 10 Oktober 2005 bersamaan 5 Ramadhan 1425 Hijrah menyaksikan aku terbang meninggalkan tanah air ke Mesir.
.
TIGA
.
Antara fakta dan asbab yang menyebabkan aku tekad ke Mesir adalah hasil nasihat dan taujihat, pensyarah2 FPI di UKM. Antaranya:
.
1) Aku menceritakan mimpiku (setelah beristikharah) kepada Dr. Sulaiman Ibrahim; Pensyarah Jabatan Dakwah. Aku mimpikan usrahku di kolej. Responnya: ”Mimpi enta itu mainan syaitan. Tidak semestinya bila enta beristikharah enta akan nampak alamatnya dalam mimpi. Jangan bimbang. Enta jumpa ana ni pun adalah hasil istikharah enta. Kalau alasan enta untuk kekal disini sebab usrah, di Mesir pun enta akan jumpa. Di sini ni enta belajar sampah je. Kalau nak ilmu, enta pergi Mesir. Kalau di sini enta sanggup buka dan baca kitab depan ana paling kurang 3 kali seminggu baru ana benarkan untuk enta tinggal. Di sini enta belajar dengan ana. Di Mesir enta belajar dengan guru ana. Enta pergilah Mesir.”
.
2) Guru Fakulti Usuluddin: ”Enta kalau nak jadi ulama’ yang muktabar dan nak ilmu yang daqiq enta kena celup dulu di timur tengah. Cuba enta tgk mufti2 dan ulama’2 besar tanah air... semuanya dari timur tengah. Enta kena ke timur tengah. Enta kena ke Mesir”.
.
3) Guru Maharat Qiraat di UKM (sewaktu sedang mengamuk dalam kelas tutorial mengajarkan nahu saraf): ”Antum ni semua bakal jadi ulama’ sesat! Bakal jadi mufti.Tapi mufti sesat dan keluarkan fatwa sesat! sebab antum tidak panda berbahasa arab. Lebih menyedihkan kalau antum dari kuliah bahasa arab. Macamana antum nak keluarkan hukum kalau antum tidak tahu ilmu bahasa arab??”
.
Posting aku kali ini hanyalah sekadar berkongsi cerita dan pengalaman aku sewaktu berhadapan dengan pilihan dalam menyambung pengajian suatu ketika. Seperti adindaku ini juga. Cuma qadhiah kami berbeza. Bukanlah aku bertujuan untuk berbangga jauh sekali untuk merendah2kan sahabat2ku di universiti tempatan. Dimana2 sahaja ada kelebihan dan kekurangannya. Semuanya terletak pada diri kita dalam mengurus kendiri dan menggunakan segenap peluang dan ruang yang ada. Tempat dan suasana hanya membantu. Selebihnya terletak di tangan sendiri. Ingatlah! Dimana bumi dipijak disitu langit diunjung. Tepuk dada tanyalah iman. Tepuk kepala...jaga2 biol nanti!! Salam perjuangan.

1 comment:

stefaislle said...

salamalaik..mcm pnh dgr kisah ini..=)..'ala kulli hal..hidup pnuh dgn pilihan..dunia ini ibarat dewan peperiksaan..akhirat nnti keputusannya..kita memilih..A@B..atau ad C&D...juga subjektif2 persoalan dlm kehidupan..smga stiap pilihan dgn petunjukNya..dan diredhaiNya..