
Tuesday, September 11, 2007
My Mother

Wednesday, July 25, 2007
Balik Kampung!
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
ho ho ho balik kampung
ho ho ho balik kampung
Hati girang...
Sunday, July 22, 2007
Kurang Satu Minggu
Bulan ini banyak program2 mega yang telah dijalankan yang semestinya menuntut aku dan sahabat2 mengerah
tenaga, memerah keringat menjayakannya. Hari Jabatan Nuqabak, Hari Keluarga Anak2 Negeri Johor, Seminar Pengukuhan Ilmu Falak, dan tugasan2 lain. Kami seolah2 berada dalam satu consultant yang sedang giat berkerja menjayakan program2 yang hebat dan padat. Tetapi aku yakin dan percaya, perjuangan dan pengorbanan ini bukan sia-sia. Segala sesuatu yang telah kita korbankan di atas jalan-Nya, insyaAllah disana ada ganjaran yang membenih tidak terhitung banyak. As-syahid Imam Hassan Al-Banna pernah mengingatkan: "Ingatlah, perjuangan ini bukanlah dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan kepayahan serta keringat dan darah". Begitulah resam perjuangan. Bermandi keringat dan darah. Roh-roh yang dihubungkan atas dasar akidah dan ukhuwah islamiyyah ini bagaikan telah padu bersatu membentuk jentera yang mampu menjana kekuatan menempuh rintangan dan cabaran. Agar akhirnya redha Allah bersama-sama..

Kurang satu minggu lagi aku akan kembali ke tanah air. Pulang setelah hampir dua tahun berkelana di bumi orang. Bermusafir mencari sedikit ilmu. Menimba sedikit khibrah. Memecah bongkah2 otak yang kian menyempit. Memori semalam masih basah. Tangan2 itu layu melambai2 tanda perpisahan. Berbalam2 kian jauh. Mengutus sama doa dan harapan. Terbang mengiringi perjalanan. KLIA menjadi saksi atas perpisahan dan perjanjian majazi kami. Kini setelah hampir sekian ketika. Entah terlunas entah tidak.
Kurang satu minggu. Bakal menyaksikan pertemuan beberapa hati yang terpisah sekian lama. Pertemuan yang pastinya mengharapkan sedikit ole2 dari kota Kaherah. Ole2 hasil perjanjian suatu ketika. Berat sangat! x mampu aku nak bawa semua. Lebih sebahagian masih tersisa di sini. Sebahagian lagi masih x terbeli. Yang ada ini pun entah nampak entah tidak. Maafkan ya! Nanti aku kembali lagi.
Kurang satu minggu ini amat bermakna bagi aku. Apa tidaknya. Kurang satu minggu untuk aku langsaikan taklifan dan tanggungjawab yang masih berbaki. Kurang satu minggu untuk aku nantikan natijah imtihan yang x kunjung tiba. Kurang satu minggu untuk aku merancang jadual kehidupan aku di tanah air, kurang satu minggu untuk aku mencari sedikit ole2. Ya! kurang satu minggu untuk aku meninggalkan kota kaherah. Tinggal aku menghitung ketika…
Terkilan rasanya. Meninggalkan kota Kaherah yang sedang dalam fatrah kemuncak. Fatrah majlis2 ilmu dan program2 thaqafah sedang rancak. Fatrah taklifan yang semakin menggila. Fatrah yang mematangkan. Ya! Saifi tahun lalu mematangkan. Tinggallah kota Kaherah. X mengapa… kelak kita bersua jua.
Sahabat2 yang masih tegar dalam perjuangan. Teruskanlah. Kalianlah mata2 rantai penyambung perjuangan suci ini. Perjuangan yang tiada titik noktahnya. Moga disana Allah ganjarkan nusrah yang x tersangka2. Ingatlah akan janji Allah : "Wahai orang2 yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad : 7) . Semoga kita terus istiqamah dan diberi hidayah atas jalan-Nya.
"Siiru 'Ala Barakatillah"
Friday, June 22, 2007
Friday, June 15, 2007
Bacalah Dengan Tartil

Saturday, June 02, 2007
Adakah Kita Telah Merancang?
7 – 12 tahun : Sekolah Rendah
13 – 17 tahun : Sekolah Menengah
18 – 19 tahun : Sekolah Menengah Tinggi
20 – 24 tahun : Universiti (Degree)
After (Future)
Friday, May 25, 2007
Jangan Tutup Mata!
Sudah lama tidak menulis di laman blog ini. Pastinya sahabat2 sudah muak membaca artikel yang sama hampir setiap kali berkunjung. Bukan x punya masa untuk menulis atau x punya idea untuk mengarang. Banyak perkara yang ligat bermain di kepala untuk diluah. Mungkin kerna 'malas' menguasai diri. x sempat nk diluah sudah bepergian.Meluangkan masa membaca akhbar (online) dan laman2 maya setiap hari membuatkan saya tercari2 sahabat untuk berbicara. Ingin meluah apa yang terbuku di hati, membincangkan isu2 ummah dan qadhiah (situasi) masyarakat kita di
Mungkin tidak semua orang berminat untuk mengambil tahu isu2 politik. Tapi itulah realiti yang kita perlu peka. Keadaan pimpinan pemerintah kita yang kian bobrok. Pemimpin hasil undian rakyat. Pemimpin yang semakin nampak tembelangnya. Masih berselindung di balik tembok2 media. Masih menarik selimut sembunyi pekung. x tahu baunya sahaja sudah sampai ke petala dunia.
Suasana politik negara kita hari ini sangat menarik. 'Bodoh'lah kalau masih ade manusia yang tidak mengambil cakna. Sayang seribu kali sayang. Rakyat hari ini dibutakan dengan wang ringgit dan material kebendaan. Dibisukan dengan kesibukan dunia mereka sendiri. Rakyat Malaysia lebih berminat menoton rancangan2 hiburan yang melalaikan dan menjaga duit kocek sendiri daripada mengambil tahu soal politik, masa depan, dan pembangunan ummah dalam negara. Lihat sahaja di ijok baru2 ini, hanya sekadar diberi RM100 sebelum keluar mengundi, isu penderitaan mereka dilupakan begitu sahaja. Maruah rakyat
Monday, May 21, 2007
Ada Apa Dengan Cinta?
Orang kata cinta itu buta
Butakah cinta?
Nah! kenapa perlu cinta?
Orang kata cinta itu indah
Indahkah cinta?
Nah! kenapa tidak cinta?
.
Orang kata cinta itu nafsu
Nafsukah cinta?
Nah! kenapa di buru cinta?
Orang kata cinta itu suci
Sucikah cinta?
Nah! kenapa dinoda cinta?
Orang kata cinta milik yang esa
Cintakah kita?
Nah! kenapa ada yg lainnya?
Aku kata cinta itu kita
Kitakah cinta?
Nah! kenapa tidak?
Hati - kita - cinta
Nafsu - kita - cinta
Salahkan cinta…?
Cintai dengan mata hati
Mulai dengan yang Azali
kerna...
Dari SATU CINTA hadirnya cinta
Wednesday, April 11, 2007
Sehari Sehela Nafas
Aku menanti dan terus menanti. Resah semalam mula berimpressi. Zahirnya degupan itu tidak kelihatan. Tapi paluannya kian bergenang menusuk ke setiap penjuru jiwa. Hampir berkocak! Setiap detik yang berlalu membawa aku kepada memori semalam. - Mentari itu terbit dari ufuk timur bersama cahaya gilang gemilang. Berkelana 365 hari ke ufuk barat. Lantas hilang di telan malam.
Aku beruntung. Bulan sudi menemani aku. menanti hadirnya mentari baru. Kini mentari kembali. Saki baki cahaya semalam masih gemilang warnanya. Digagahi jua. Beberapa detik lagi untuk sampai ke destinasi.
Ya! Imtihan itu… Setahun yg kelmarin sudah cukup memberi pengajaran bagi aku. Tamparannya membekas sehingga kini. Perlu aku gagahi menghadapi hari2 yang masih berbaki. Sebulan bukanlah satu tempoh yang lama. Sehari sehela nafas. Aku mesti bersungguh2 untuk berjaya. Kejayaan bukan angan2. Kejayaan milik semua. Milik kita.
Syukur pada ilahi. Aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan pengajian di bumi barakah ini. Bagi aku tempoh dua tahun di ardhul kinanah ini masih belum cukup 'masak'nya. Apatah lagi menanti ranum. Keluarga mengharapkan sebaliknya. Dua tahun tanpa bersua. Satu fatrah yang telah dilaburkan. Bukan hanya masa bahkan ongkosnya juga. Perasaan bersalah menusuk jauh ke benak hati. Semoga Allah memberi aku semangat dan inspirasi baru untuk aku sempurnakan amanah ini. Bukan hanya demi keluarga. Juga demi masyarakat yang dahagakan ilmu Allah umumnya dan agama tercinta khususnya. Ya! medan sana menanti kepulangan perajurit kita.
Ya Allah, pimpinlah aku. Semoga ilmu2 yang telah aku pelajari dan kuasai ini bukanlah 'li ajli imtihan' (hanya utk peperiksaan) semata2. Tetapi atas dasar tanggungjawab dan amanahku terhadap ilmuMu ya Allah. Akulah toifah itu yang akan kembali memberi peringatan kepada saudara2ku. Bimbinglah aku dengan hidayah dan inayahMu Ya Allah.
Ya Allah, kurniakanlah aku dan sahabat2 seperjuanganku kejayaan dan kecemerlangan dalam imtihan kami. Semoga dengan kecemerlangan ini dapat menjadi wasilah pemangkin usaha dakwah kami memperjuangkan agamaMu Ya Allah. Ya Allah, Berikanlah kami kejayaan dan kecemerlangan Dunia dan Akhirat. Dan peliharalah kami dari azab api nerakaMu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada engkau tempat kami bermohon dan kepada engkaulah kami kembali. Amin.
Sahabat2, marilah sama2 kita gembleng tenaga dan pasak keilmuan kita agar natijahnya memberi momentum yang padu kepada diri dan perjuangan kita. Semoga kita terus thabat dan istiqamah atas jalanNya.
"Selamat Menjalani Imtihan"
Wednesday, March 28, 2007
:: KEMBALIKAN ::

Insan ini kembali bermadah
Mangharap sesuatu dari bisikan
Menagih keajaiban
Mencari hakikat
Mengapa kosong???
Insan ini kembali bermonolog
Bermuhasabah
Bertafakkur dalam gundah
Mengapa sepi???
Insan ini kembali bermunajat
Mencari hati yang hilang
Dalam dosa yang kelam
Mengapa kini???
Insan ini kembali berharap
Menyucikan hati
Menyatukan jiwa dan minda
Menongkah ammarah
Mencari mutmainnah
Mengapa payah???
Insan ini kembali berazam
Mengisi kekosongan
Mengubat kesepian
Menatang hati
Mencari Al-Juhdi
Fastaqim!
Innallaha ma'iy
.
Oleh : Firdauz Noh
Monday, March 19, 2007
:: TAUBAT ::

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:
1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.
Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:
1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.
Adakah Allah Menerima Taubatku???
“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku tidak membayar zakat. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???”
Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).
Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat.
Seorang hamba yang merasakan bahawa dosanya terlalu banyak dan merasakan ianya tidak mungin mendapat keampunan daripada Allah swt akan menjerumuskan dia kepada perkara-perkara berikut :
Pertama: Tidak yakin pada luasnya rahmat dan magfirah Allah swt.
Firman Allah swt: “Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu (Al-A’raf: 156).
Kedua: Berkurangnya keimanan dan keyakinan terhadap qudrah Allah swt mengampunkan dosa hamba-hambanya.
Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang megetahui dan meyakini bahawa hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.
Ketiga: Lemahnya salah satu perasaan yang patut ada pada diri seorang hamba iaitu Ar-raja’ (berharap).
Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.
Keempat: Tidak berusaha untuk bertaubat dan memohon keampunan bagi menghapuskan dosa-dosanya.
Rasulullah saw bersabda: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya seumpama tidak ada dosa bagi dirinya.”
Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat. Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).
Rujukan:
1) (أريد أن أتوب ..ولكن (محمد صالح المنجد
2) المعجم المفهرس لألفاظ القرآن الكريم
3) Tafsir Quran Karim
“TAUBAN TAUBAN LIRABBINA AUBAN”
Sunday, March 11, 2007
9+2 = 11

Monday, September 11, 2006
Selamat Hari Lahir Mak...
Belaian Ibu
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu
Friday, August 18, 2006
Muhasabah Pelayaran Mujahid
Masa berlalu begitu pantas. Berkenalan dengan Al-Azhar. Berurusan dengan syu'un. Kejar 80 palang. Imtihan fasal awal. Fasal sani. Dan skarang menanti natijah tahun satu. Satu penantian yang cukup meresahkan. Keresahan yang x sama seperti 2-3 tahun yang lepas. Time2 camni la kepala ni asyik mengenangkan perjalanan hidup sepanjang setahun bermastautin di bumi mesir. Ya Allah tenangkanlah hati hambamu ini. Saat ini, mendengar suara mak paling menenangkan. Mak la satu2nya orang yang paling faham keadaan aku. "...jaga solat, tambahkan amalan sunat, baca qur'an selalu, ape yang dah blajar tu amalkan, berkhidmat untuk agama, bangsa, negara.." Kata2 yang selalu di lafazkan dihujung talian. Tersirat di sebalik kata2 tu satu harapan dan impian yang menggunung. Sesekali aku bermenung sendiri. Berapa banyak input yang bertambah dalam diri aku selama setahun aku di sini? Adakah natijah yang akan keluar ini menjadi kayu pengukur bukti kesungguhan aku. Wallahu a'lam. Semoga Allah sentiasa membimbing aku dan tidak sekalipun melepaskan pandangan dari hambaNya yang lemah ini.
Buat2 sibuk dengan urusan2 dan program2. Harapannya dapatla lupakan keresahan di hati. Tapi hakikatnya hati sentiasa berbisik sendiri. Mungkin kurang di isi dengan perkara2 yang boleh menenangkannya. Awal bulan depan pelajar2 baru pula akan sampai. Mesti sibuk dengan kerja nak uruskan mereka. Taklifan sebenarnya x membebankan. Bagi aku itulah satu2nya cabang pendidikan. Melatih seorang da'ie yang bakal graduasi dari rimba ilmu. Tapi aku takut aku bukan orang yang selayaknya untuk di taklifkan. Istighfar pada Allah. Dia maha tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya. Moga hadaf utama aku x tersasar. Masih jauh pelayaran. Aku mesti jelas dengan matlamat menuju cinta Ilahi. Moga aku semakin tabah dan kuat meniti hari2 mendatang.
Sahabat2 doakan aku. Natijah akan keluar bila2 masa. Sekalung tahniah buat sahabat2 yang najah. Moga Allah memberi kekuatan untuk kita istiqamah dalam menuntut ilmu2Nya. Dan aku doakan ketabahan & kesabaran buat sahabat2 yang bawa madah. Apa sahaja yang kita dapat itulah yang kita usahakan. Moga ia menjadi motivasi bagi kita menjadi lebih baik di hari2 yang mendatang. Yang pasti Allah tidak menzalimi hamba2Nya.
" Siiru 'Ala Barakatillah "
Monday, August 07, 2006
Bingkisan buat diri
Aku akur diri ini penuh dengan persoalan yang x terungkai semudah bicara… Aku akur diri ini penuh dengan kerisauan yang x terpadam sehembus Cuma. Ke mana arah aku..?? kemana layar ini pergi..?? ke mana ombak..?? ke mana angin..?? badai x mendesah seganas semalam, ombak x melonjak setinggi kelmarin... namun pelayar bingung sendiri di pukul gelombang…ke mana pelayar muda yang dulu? yang darah perjuangannya pantas mengalir meyusup ke setiap urat nadi tatkala ISLAM terpacul dari kalam insan… ke mana bara yang menyala (hati) ? yang dulu kau genggam mentah membakar seluruh pelusuk jiwamu yang tulus tatkala ISLAM dicerca dihina? Ke mana?? Apakah ia telah hanyut bersama pelayaranmu yang panjang?? Apakah telah terbakar hangus dek api yang pernah kau sendiri ciptakan?? Ingat??!! Di sana menantimu ombak2 lapar yang kini sedang menelan rakus saudara2mu… di sana menantimu Api yang menjulang2 yang membakar hangus tubuh2 kudus saudara2mu...
Oh Tuhan, Mengapa mereka menanti aku yang kian padam. Mengapa menanti aku yang kian kelam. Benarkah aku pelayar tunggal itu?? Oh Tuhan, kemanakah nakhoda yang dulunya memacu laju bahtera ini?? kemanakah pelayar muda yang dulunya gah menuju destinasi?? kembalikan aku!!!
Terima kasih sang bayu… telah kau khabarkan pada kemudi destinasi itu… telah kau titipkan bahang itu meresap kembali kesegenap tubuhku. menggelodak jiwa yang kian mendap. Membakar bara yang hampir malap. Menyala kembali ruang yang hampir gelap..kusam. Kini akan ku bangkit kemudi layar. Menentang arus meniti destinasi yang tersasar… akan aku khabarkan pada samudera, bahteraku bukan mainan ombak yang sewenang2 memukul pelayaran aku. Aku mujahid muda…. Musafirku membawa nyawa (amanah). Musafirku bukan sia2… aku pulang dengan habuan. Aku pulang bawa bekalan.
Oh saudaraku.. nantikan aku dengan semboyan. Ukirkan buatku senyuman. Senyuman mujahid memburu syahid. Ya aku faham, fitrah perjuangan itu pahit… pengorbanan bunga2 perjuangan. Telanlah kepahitan itu… Kelak di'sana' telah Allah janjikan kemanisan tiada tolok bandingan. Saudaraku, Bakarlah obor itu biar marak… agar perjuangan tidak gelap. Kibarkan panji kebanggaan di balik cahaya gilang gemilang. Api… jangan kau padam… bakarlah! biar mendidih darah para mujahid mengejar cita2 murni (syahid). Nantikan aku yang membawa senjata dan perisai tarbiah. Buat bekalan perjuangan yang x berpenyudah. Tidak akan aku biarkan lagi pelayaran ini sepi… x kan ku biarkan lagi pelayaran ini bersendiri. Kini aku jelas kembali. Pokoknya, Aku dan destinasi. merungkai persoalan & kerisauan hati. Kenalilah… Aku mujahid muda. Darahku untuk agama. Moga istiqamah menuju destinasi yang selamanya….
.
" Aku Dan Destinasi "



