Saturday, February 28, 2009

Sumbangan Untuk Mangsa Keganasan Israel di Gaza

.
قال الله سبحانه وتعالى : انما المؤمنون اخوة فأصلحوا بين أخويكم
.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka berbaik-baiklah dikalangan saudara-saudara kamu.

وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من لا يهتم بأمر المؤمن فليس منهم

Dan telah bersabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang mukmin, maka mereka bukanlah dikalangan mereka (orang mukmin).

Petang; 25 Februari 2009, delegasi Badan Pengurus PMRAM bersama Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak-anak Negeri telah menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada warga palestin, mangsa kekejaman Rejim Israel di Hospital Bulan Sabit Merah (Hilal Ahmar), Ramsis, Kaherah.

Sumbangan yang disampaikan kepada lebih 20 orang pesakit itu adalah hasil kutipan derma yang dijalankan oleh PMRAM dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak-anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Malaysia di Mesir.

Delegasi rombongan sempat bergambar bersama beberapa orang pesakit sebagai kenang-kenangan juga sebagai satu dorongan pembakar semangat pejuang-pejuang agama Allah SWT khususnya dan bagi kita golongan pelajar yang sedang menanti detik waktu untuk ke medan sebenar perjuangan.



Kebanyakan mangsa serangan yang berada di hospital ini mengalami kecederaan yang serius akibat daripada serangan udara tentera rejim dan sebahagiannya terpaksa dipotong anggota tubuh yang cedera.


Kanak-kanak dan wanita turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa kezaliman tentera Zionis laknatullahi 'alaihim.

Harapan mereka semoga masyarakat Islam terus mendoakan keizzahan agama Islam dan kemenangan bagi pejuang-pejuang Islam demi memastikan kalimah Allah tertegak dimuka bumi.

Doa mereka juga agar suatu hari nanti kita semua akan berada dalam saff yang sama mendirikan solat di Majidil Aqsa sebagaimana kita teguh bersama dalam saff perjuangan, insyaAllah.



*Sebahagian daripada delegasi rombongan.

Firman Allah S.W.T: "Sesungguhnya Allah melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al Mumtahinah: 9).

Dikesempatan yang terbatas ini, ana menyeru sahabat-sahabat seperjuangan sekalian agar kita sama-sama menjalankan tanggungjawab selaku umat islam dengan memboikot produk-produk keluaran Israel laknatullahi ‘alaihim dan sekutunya demi memastikan kita tidak menyumbang dana kearah keganasan dan perancangan jahat mereka menghancurkan masyarakat umat islam. Bertaqwalah kepada Allah. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa. Wallahu a’lam.