Tuesday, December 11, 2007

Bila Hati Merindu

.
Sayup-sayup ke hulu langit
Kurenung dalam-dalam
Berbalam menusuk benak
Wajah-wajah riang
Oh nan shahdu
.
Aku selami hilai tawanya
Kuamati dalam-dalam
Kerna kutahu Disebalik riang
Tersirat nada pilu
Jauh di benam kalbu
Kerna dia juga tahu
Apa erti merindu
.
Aku bermenung pilu
Mengundang sebak dihati
Bergenang tak tertahan
Akhirnya tumpah menitis kepipi
Dan aku tahu dia pun begitu
Kerna dia lebih tahu
Apa itu merindu
.
Aku merindu
Pada jiwa yang sama merindu
Walau jarak memisahkan
Aku tetap sudi mengukir
Senyumanmu didada pilu
Kerna aku tahu
Kita sama merindu
.
Ibu,
Hati ini mula merindu
.
Oleh : Firdauz Noh

Tuesday, September 11, 2007

My Mother


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After AllahAnd Rasulullah
.
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After AllahAnd Rasulullah
.
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After AllahAnd Rasulullah
.
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother
.
** Selamat Hari Lahir Yang Ke-57 **

Wednesday, July 25, 2007

Balik Kampung!

Singapore Airlines [ 0015 : 26 Julai 2007]
.
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
.
ho ho ho balik kampung
ho ho ho balik kampung
ho ho ho balik kampung
Hati girang...

ho ho ho balik kampung
ho ho ho balik kampung
ho ho ho balik kampung
Hati girang...

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
.
*Doakan agar selamat sampai ke destinasi.

Sunday, July 22, 2007

Kurang Satu Minggu

Alhamdulillah, berjaya juga aku memujuk jemari ini agar kembali menari. Setelah sekian lama menyepi diri. Nak beralasan beribu boleh beri. Biarlah… moga semua mengerti. Terima kasih buat sahabat2 setia yang masih sudi berkunjung ke teratakku yang sepi. Aku cuba mencuri sedikit waktu. Agar dapat menulis sekadar yang termampu. Kesempatan dalam kesempitan. Benarlah kata As-syahid Imam Hassan Al-Banna bahawasanya tanggungjawab itu melebihi masa yang kita ada. Jadi setiap detik dan ketika perlulah kita manfaatkan sebaik2nya.

Bulan ini banyak program2 mega yang telah dijalankan yang semestinya menuntut aku dan sahabat2 mengerah tenaga, memerah keringat menjayakannya. Hari Jabatan Nuqabak, Hari Keluarga Anak2 Negeri Johor, Seminar Pengukuhan Ilmu Falak, dan tugasan2 lain. Kami seolah2 berada dalam satu consultant yang sedang giat berkerja menjayakan program2 yang hebat dan padat. Tetapi aku yakin dan percaya, perjuangan dan pengorbanan ini bukan sia-sia. Segala sesuatu yang telah kita korbankan di atas jalan-Nya, insyaAllah disana ada ganjaran yang membenih tidak terhitung banyak. As-syahid Imam Hassan Al-Banna pernah mengingatkan: "Ingatlah, perjuangan ini bukanlah dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan kepayahan serta keringat dan darah". Begitulah resam perjuangan. Bermandi keringat dan darah. Roh-roh yang dihubungkan atas dasar akidah dan ukhuwah islamiyyah ini bagaikan telah padu bersatu membentuk jentera yang mampu menjana kekuatan menempuh rintangan dan cabaran. Agar akhirnya redha Allah bersama-sama.
.
Kurang satu minggu lagi aku akan kembali ke tanah air. Pulang setelah hampir dua tahun berkelana di bumi orang. Bermusafir mencari sedikit ilmu. Menimba sedikit khibrah. Memecah bongkah2 otak yang kian menyempit. Memori semalam masih basah. Tangan2 itu layu melambai2 tanda perpisahan. Berbalam2 kian jauh. Mengutus sama doa dan harapan. Terbang mengiringi perjalanan. KLIA menjadi saksi atas perpisahan dan perjanjian majazi kami. Kini setelah hampir sekian ketika. Entah terlunas entah tidak.

Kurang satu minggu. Bakal menyaksikan pertemuan beberapa hati yang terpisah sekian lama. Pertemuan yang pastinya mengharapkan sedikit ole2 dari kota Kaherah. Ole2 hasil perjanjian suatu ketika. Berat sangat! x mampu aku nak bawa semua. Lebih sebahagian masih tersisa di sini. Sebahagian lagi masih x terbeli. Yang ada ini pun entah nampak entah tidak. Maafkan ya! Nanti aku kembali lagi.

Kurang satu minggu ini amat bermakna bagi aku. Apa tidaknya. Kurang satu minggu untuk aku langsaikan taklifan dan tanggungjawab yang masih berbaki. Kurang satu minggu untuk aku nantikan natijah imtihan yang x kunjung tiba. Kurang satu minggu untuk aku merancang jadual kehidupan aku di tanah air, kurang satu minggu untuk aku mencari sedikit ole2. Ya! kurang satu minggu untuk aku meninggalkan kota kaherah. Tinggal aku menghitung ketika…

Terkilan rasanya. Meninggalkan kota Kaherah yang sedang dalam fatrah kemuncak. Fatrah majlis2 ilmu dan program2 thaqafah sedang rancak. Fatrah taklifan yang semakin menggila. Fatrah yang mematangkan. Ya! Saifi tahun lalu mematangkan. Tinggallah kota Kaherah. X mengapa… kelak kita bersua jua.

Sahabat2 yang masih tegar dalam perjuangan. Teruskanlah. Kalianlah mata2 rantai penyambung perjuangan suci ini. Perjuangan yang tiada titik noktahnya. Moga disana Allah ganjarkan nusrah yang x tersangka2. Ingatlah akan janji Allah : "Wahai orang2 yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad : 7) . Semoga kita terus istiqamah dan diberi hidayah atas jalan-Nya.

"Siiru 'Ala Barakatillah"

Friday, June 15, 2007

Bacalah Dengan Tartil

Firman Allah SWT: "Dan bacalah Al-Quran itu secara tartil (bertajwid)" (Al-Muzammil: 4). Sabda Rasulullah: “Sebaik2 dikalangan kamu ialah org yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majjah).
.
Melihat kepada mafhum dalil Al-Quran dan hadis yang saya datangkan di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah manakala hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain (wajib) ke atas semua orang islam.
.
Saya begitu terpanggil untuk membicarakan tajuk ini apabila melihat fenomena yang menyedihkan yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan pelajar2 jurusan agama khususnya mahasiswa/i Al-Azhar apabila terdapat segelintir mereka yang tidak mampu membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baik dan bertajwid. Gejala ini adalah sesuatu perkara (gharib) yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan mahasiswa/i kita. Mahasiswa/i yang saya kira telah dididik seawal sekolah rendah sehingga kini ke peringkat ijazah untuk membaca dan menghafaz ayat2 suci Al-Quran. Sepatutnya kita lebih terkehadapan dalam mengasai ilmu tajwid ini secara teori mahupun amali. apatah lagi system silibus di Universiti Al-Azhar yang telah menetapkan perlu menghabiskan hafazan sebanyak 2 juzuk setiap tahun selama 4 tahun pengajian.
.
Fenomena ini berpunca daripada sikap mahasiswa/i sendiri yang hanya mempelajari dan menguasai teori2 ilmu tajwid tanpa ada praktikal secara mushafahah dengan guru2 yang mahir (mungkin malu), tidak berusaha meningkatkan mutu bacaan, dan jarang membaca Al-Quran. Natijahnya kita akan melihat mahasiswa/i kita semakin hanyut jauh dan jauh dari Al-Quran.
.
Dalam peperiksaan syafawi atau tahriri (lisan atau bertulis) bagi matapelajaran Al-Quran misalnya, mahasiswa/i kita hanya lebih tertumpu kepada penguasaan hafazan daripada mutu bacaan (bertajwid). Natijahnya, bacaan jadi tunggang langgang. Habis semua hukum tajwid dilanggarnya. Asal boleh bunyi. Berbeza dengan sahabat2 kita di maahad2 tahfiz yang ‘dimestikan’ menyemak bacaan terlebih dahulu dengan guru sebelum memulakan hafazan baru bagi memastikan kelancaran bacaan dan peggunaan tajwid yang betul. Benarlah! Bagaimana nak start enjin kereta tanpa ada kunci. Pelik bukan??
.
.
Sabda Rasulullah: "Siapa yang membaca Al-Quran secara mahir, maka dia bersama para malaikat penulis yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran dan dia tersekat-sekat dalam bacaannya (berusaha memperbaiki), maka dia memperoleh dua pahala".
.
Sabda baginda lagi: "Bacalah Al-Quran karena dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya" (Riwayat Muslim).
.
Akhirnya, suka saya mengajak sahabat2 bermuhasabah seketika atas apa yang telah saya titipkan, agar kesempatan dan peluang yang kita ada tidak lagi kita sia2kan. Sempurnakanlah tanggungjawab kita yang pertama تعلم القرءان (mempelajari Al-Quran) dan seterusnya علمه (mengajarkannya) kelak kepada masyarakat agar nanti kita menjadi yang terbaik di sisi Allah swt serta mendapat keredhaan dan kerahmatan dari-Nya, insyaAllah.
.
Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mensyukuri." (Fathir:29-30)
.
Marilah sama2 kita istighfar kepada Allah swt. Semoga Dia terus memberi kita kekuatan untuk sentiasa istiqamah memperbaiki diri kita daripada yang baik kepada yang lebih baik. Dan tidak sekali2 membiarkan kita alpa sehingga tega menjadi fitnah bagi golongan agama yang akhirnya mengikis keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap generasi ulama’, wal’iazubillah.

Saturday, June 02, 2007

Adakah Kita Telah Merancang?

Before
.
5 – 6 tahun : Sekolah Pasti
7 – 12 tahun : Sekolah Rendah
13 – 17 tahun : Sekolah Menengah
18 – 19 tahun : Sekolah Menengah Tinggi
20 – 24 tahun : Universiti (Degree)

After (Future)
.
20 - 24 + tahun : Universiti (Degree)
25 – 27 + tahun : Master
28 – 30 + tahun : PhD atau Berkerjaya
31 – … + tahun : Kerjaya tetap
* simbol (+) : atau lebih
.
Saya kira majoriti kita akan lebih tertumpu membuat perancangan masa depan berdasarkan pendidikan dan kerjaya seperti apa yang saya lakarkan di atas. Atau mungkin di sana terdapat mereka yang telah merancang berkaitan masa depan mereka dalam arena dakwah & politik. Tetapi pernahkah terlintas di benak kita untuk kita memikirkan dan merancang membentuk sebuah bait muslim yang berjaya? Lucu bukan??
.
Mentaliti sebahagian besar kita berpendapat perlu menamatkan pengajian sebelum berjinak2 mencari pasangan hidup, seterusnya membentuk mahligai rumahtangga. Apatah lagi telah terikat dengan amanah dan amanat daripada ibu bapa. ‘Budaya’ ini seakan-akan mengongkong akal kita (mahasiswa/i khususnya) untuk merancang dan mengatur langkah.
.
Selepas tamat pengajian akan timbul pula istilah lain. “ Kerjalah dulu… kumpul duit. pastu baru bole fikir soal kahwin…”. “ Duit x der… ko nak kasi anak bini makan pasir?? ”. Apakah yang akan berlaku natijah daripada fenomena ini? Mahasiswa/i hanya akan mendirikan rumahtangga lingkungan umur lewat 20 an atau awal 30 an. Saya tidak nafikan permasalahan yang berlaku. Persoalannya: Adakah kita telah merancang? Saya andaikan begini…
.
Sambungan….
.
20 – 24 tahun : B.A (Degree)
25 – 27 tahun : M.A (Master)
28 – 30 tahun : PhD atau Berkerjaya.
-------------------------------------------------
31 + tahun : Kerja tetap dan berkahwin
32 + tahun : Anak pertama.
33 + tahun : Anak kedua dan seterusnya…
37 + tahun : Anak pertama : masuk tadika atau pasti.
39 + tahun : Anak pertama : masuk sekolah rendah
45 + tahun : Anak pertama : masuk sekolah menengah
50 + tahun : Anak pertama : masuk sekolah menengah tinggi
51 + tahun : Anak pertama : masuk universiti (umur 19)
* p/s: umur tu kalau sempat, jadi planlah awal!
.
So, dari sekarang kita sudah boleh merancang. Merancang masa depan yang baik demi perjuangan kita. Bukan atas dasar nafsu semata2. Tapi atas kesedaran dan tanggungjawab. Segala pertimbangan terletak di tangan kita. Wajar atau tidak. Masuk akal atau kerja gila. Semua itu melihat kepada usaha kita dalam mencapai matlamat. Perlu diingat! Matlamat tidak menghalalkan cara. Selaku golongan yang menuntut ilmu dan faham akan kehendak syariat, maka perjalanan dan percaturan hendaklah di atas landasan syariat. Semoga generasi mendatang bakal meneruskan kesinambungan usaha dan perjuangan murni kita.
.
Coretan kali ini tidak berniat mengguris hati sesiapa atau mengganggu konsentrasi sahabat2. Sekadar renungan kita bersama. Khususnya buat sahabat2 di Mesir yang tidak terikat dengan tempoh pengajian. Fikir bulat2 jangan timbang2. Sesungguhnya kita hanya merancang. Allah jualah penentunya.
Bila nak kahwin yea..?? Apa kata anda?
Pastinya selepas belajar di universiti. dah ada kerja stabil
Pastinya semasa belajar. Boleh kahwin awal!
Bila-bila pun boleh. Ana jenis x kisah...
Huh? Siapalah minat kat aku ni...
Susahlah kahwin. Busy beb!
Nak kahwin! Tapi...
pollcode.com free poll
* Sila berikan teguran andai ada yang tidak berkenan. Salam ceria.

Friday, May 25, 2007

Jangan Tutup Mata!

Sudah lama tidak menulis di laman blog ini. Pastinya sahabat2 sudah muak membaca artikel yang sama hampir setiap kali berkunjung. Bukan x punya masa untuk menulis atau x punya idea untuk mengarang. Banyak perkara yang ligat bermain di kepala untuk diluah. Mungkin kerna 'malas' menguasai diri. x sempat nk diluah sudah bepergian.

Meluangkan masa membaca akhbar (online) dan laman2 maya setiap hari membuatkan saya tercari2 sahabat untuk berbicara. Ingin meluah apa yang terbuku di hati, membincangkan isu2 ummah dan qadhiah (situasi) masyarakat kita di Malaysia khususnya. Kejatuhan nilai moral di kalangan remaja. Gejala murtad yang berleluasa. Korupsi. Rasuah di kalangan pimpinan. Liberalisme. Hedonisme dan sebagainya. Apakah wajar andai sebahagian besar beban kesalahan dan tanggungjawab ini saya letakkan pada bahu pimpinan pemerintah kita di Malaysia?

Mungkin tidak semua orang berminat untuk mengambil tahu isu2 politik. Tapi itulah realiti yang kita perlu peka. Keadaan pimpinan pemerintah kita yang kian bobrok. Pemimpin hasil undian rakyat. Pemimpin yang semakin nampak tembelangnya. Masih berselindung di balik tembok2 media. Masih menarik selimut sembunyi pekung. x tahu baunya sahaja sudah sampai ke petala dunia.

Suasana politik negara kita hari ini sangat menarik. 'Bodoh'lah kalau masih ade manusia yang tidak mengambil cakna. Sayang seribu kali sayang. Rakyat hari ini dibutakan dengan wang ringgit dan material kebendaan. Dibisukan dengan kesibukan dunia mereka sendiri. Rakyat Malaysia lebih berminat menoton rancangan2 hiburan yang melalaikan dan menjaga duit kocek sendiri daripada mengambil tahu soal politik, masa depan, dan pembangunan ummah dalam negara. Lihat sahaja di ijok baru2 ini, hanya sekadar diberi RM100 sebelum keluar mengundi, isu penderitaan mereka dilupakan begitu sahaja. Maruah rakyat Malaysia terlalu murah untuk digadaikan.

Saya di sini tidak bercadang untuk mengupas atau bercerita lanjut berkaitan politik negara atau isu2 semasa. Sekadar mengejut bangun dari lena. Menatap realiti masyarakat dan kepincangan yang berlaku dalam negara. Fenomena yang sangat menakutkan. Saya tidak nampak rakyat terutamanya orang2 Melayu boleh berubah kecuali melalui kesedaran agama. Bagaimana hendak kita pupuk kesedaran ini seterusnya untuk kita bina khilafah yang baru andai rakyat masih menutup mata. Boom!!! Bangkitlah! Suara anda ada harga.

Monday, May 21, 2007

Ada Apa Dengan Cinta?

Ada apa dengan cinta?

Orang kata cinta itu buta

Butakah cinta?

Nah! kenapa perlu cinta?

.

Ada apa dengan cinta ?

Orang kata cinta itu indah

Indahkah cinta?

Nah! kenapa tidak cinta?

.

Ada apa dengan cinta?

Orang kata cinta itu nafsu

Nafsukah cinta?

Nah! kenapa di buru cinta?

.

Ada apa dengan cinta?

Orang kata cinta itu suci

Sucikah cinta?

Nah! kenapa dinoda cinta?

.

Ada apa dengan cinta?

Orang kata cinta milik yang esa

Cintakah kita?

Nah! kenapa ada yg lainnya?

.

Ada apa dengan cinta?

Aku kata cinta itu kita

Kitakah cinta?

Nah! kenapa tidak?

Hati - kita - cinta

Nafsu - kita - cinta

Salahkan cinta…?

Cintai dengan mata hati

Mulai dengan yang Azali

kerna...

Dari SATU CINTA hadirnya cinta

.

Oleh : Firdauz Noh

Wednesday, April 11, 2007

Sehari Sehela Nafas

Aku menanti dan terus menanti. Resah semalam mula berimpressi. Zahirnya degupan itu tidak kelihatan. Tapi paluannya kian bergenang menusuk ke setiap penjuru jiwa. Hampir berkocak! Setiap detik yang berlalu membawa aku kepada memori semalam. - Mentari itu terbit dari ufuk timur bersama cahaya gilang gemilang. Berkelana 365 hari ke ufuk barat. Lantas hilang di telan malam.

Aku beruntung. Bulan sudi menemani aku. menanti hadirnya mentari baru. Kini mentari kembali. Saki baki cahaya semalam masih gemilang warnanya. Digagahi jua. Beberapa detik lagi untuk sampai ke destinasi.

Ya! Imtihan itu… Setahun yg kelmarin sudah cukup memberi pengajaran bagi aku. Tamparannya membekas sehingga kini. Perlu aku gagahi menghadapi hari2 yang masih berbaki. Sebulan bukanlah satu tempoh yang lama. Sehari sehela nafas. Aku mesti bersungguh2 untuk berjaya. Kejayaan bukan angan2. Kejayaan milik semua. Milik kita.

Syukur pada ilahi. Aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan pengajian di bumi barakah ini. Bagi aku tempoh dua tahun di ardhul kinanah ini masih belum cukup 'masak'nya. Apatah lagi menanti ranum. Keluarga mengharapkan sebaliknya. Dua tahun tanpa bersua. Satu fatrah yang telah dilaburkan. Bukan hanya masa bahkan ongkosnya juga. Perasaan bersalah menusuk jauh ke benak hati. Semoga Allah memberi aku semangat dan inspirasi baru untuk aku sempurnakan amanah ini. Bukan hanya demi keluarga. Juga demi masyarakat yang dahagakan ilmu Allah umumnya dan agama tercinta khususnya. Ya! medan sana menanti kepulangan perajurit kita.

Ya Allah, pimpinlah aku. Semoga ilmu2 yang telah aku pelajari dan kuasai ini bukanlah 'li ajli imtihan' (hanya utk peperiksaan) semata2. Tetapi atas dasar tanggungjawab dan amanahku terhadap ilmuMu ya Allah. Akulah toifah itu yang akan kembali memberi peringatan kepada saudara2ku. Bimbinglah aku dengan hidayah dan inayahMu Ya Allah.

Ya Allah, kurniakanlah aku dan sahabat2 seperjuanganku kejayaan dan kecemerlangan dalam imtihan kami. Semoga dengan kecemerlangan ini dapat menjadi wasilah pemangkin usaha dakwah kami memperjuangkan agamaMu Ya Allah. Ya Allah, Berikanlah kami kejayaan dan kecemerlangan Dunia dan Akhirat. Dan peliharalah kami dari azab api nerakaMu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada engkau tempat kami bermohon dan kepada engkaulah kami kembali. Amin.


Sahabat2, marilah sama2 kita gembleng tenaga dan pasak keilmuan kita agar natijahnya memberi momentum yang padu kepada diri dan perjuangan kita. Semoga kita terus thabat dan istiqamah atas jalanNya.

"Selamat Menjalani Imtihan"



Wednesday, March 28, 2007

:: KEMBALIKAN ::


Insan ini kembali bermadah

Mangharap sesuatu dari bisikan

Menagih keajaiban

Mencari hakikat

Mengapa kosong???

.
Insan ini kembali bermonolog

Bermuhasabah

Bertafakkur dalam gundah

Mengapa sepi???

.
Insan ini kembali bermunajat

Mencari hati yang hilang

Dalam dosa yang kelam

Mengapa kini???

.
Insan ini kembali berharap

Menyucikan hati

Menyatukan jiwa dan minda

Menongkah ammarah

Mencari mutmainnah

Mengapa payah???

.
Insan ini kembali berazam

Mengisi kekosongan

Mengubat kesepian

Menatang hati

Mencari Al-Juhdi

Fastaqim!

Innallaha ma'iy

.
Oleh : Firdauz Noh

Monday, March 19, 2007

:: TAUBAT ::

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:

1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.


Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku tidak membayar zakat. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat.

Seorang hamba yang merasakan bahawa dosanya terlalu banyak dan merasakan ianya tidak mungin mendapat keampunan daripada Allah swt akan menjerumuskan dia kepada perkara-perkara berikut :

Pertama: Tidak yakin pada luasnya rahmat dan magfirah Allah swt.
Firman Allah swt: “Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu (Al-A’raf: 156).

Kedua: Berkurangnya keimanan dan keyakinan terhadap qudrah Allah swt mengampunkan dosa hamba-hambanya.
Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang megetahui dan meyakini bahawa hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.

Ketiga: Lemahnya salah satu perasaan yang patut ada pada diri seorang hamba iaitu Ar-raja’ (berharap).
Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.

Keempat: Tidak berusaha untuk bertaubat dan memohon keampunan bagi menghapuskan dosa-dosanya.
Rasulullah saw bersabda: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya seumpama tidak ada dosa bagi dirinya.


Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat. Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).

Rujukan:

1) (أريد أن أتوب ..ولكن (محمد صالح المنجد
2) المعجم المفهرس لألفاظ القرآن الكريم
3) Tafsir Quran Karim


“TAUBAN TAUBAN LIRABBINA AUBAN”

Sunday, March 11, 2007

9+2 = 11

Semestinya ramai sahabat2 yang tertanya2 ada apa dengan 9+2 = 11, macam baru belajar mengira jer. Bagi aku jawapan bagi soalan kira2 di atas merupakan berita gembira buat aku, insan perantau. Along dan Kak Bariah mesti melahirkan anak yang comel kan...hehe. Bertambahlah koleksi anak sedara aku. Nampaknya Mohd Umarul Amir masih berjaya mempertahankan kedudukannya selaku cucu lelaki tunggal dalam keluarga. Dikelilingi 10 orang anak dara pastinya menyeronokkan..hehe (Mungkin bagi aku, tidak bagi Amir). Ermm bila la agaknya boleh jumpa diorang yerk. Tak sabar rasanya nak balik bila teringat kata2 Along dalam talian "...muka dia iras2 Firdauz la...".
.
:: Sekadar Hiasan ::
.
Walau apapun tahniah pada Along dan Kak Bariyah atas kelahiran 2 serikandi. Semoga zuriat yang lahir bakal menjadi anak yang soleh/solehah yang mendoakan ibu bapa seterusnya memberikan khidmat dan bakti kepada agama. Tahniah.