Alhamdulillah, berjaya juga aku memujuk jemari ini agar kembali menari. Setelah sekian lama menyepi diri. Nak beralasan beribu boleh beri. Biarlah… moga semua mengerti. Terima kasih buat sahabat2 setia yang masih sudi berkunjung ke teratakku yang sepi. Aku cuba mencuri sedikit waktu. Agar dapat menulis sekadar yang termampu. Kesempatan dalam kesempitan. Benarlah kata As-syahid Imam Hassan Al-Banna bahawasanya tanggungjawab itu melebihi masa yang kita ada. Jadi setiap detik dan ketika perlulah kita manfaatkan sebaik2nya.
Bulan ini banyak program2 mega yang telah dijalankan yang semestinya menuntut aku dan sahabat2 mengerah

.

Kurang satu minggu lagi aku akan kembali ke tanah air. Pulang setelah hampir dua tahun berkelana di bumi orang. Bermusafir mencari sedikit ilmu. Menimba sedikit khibrah. Memecah bongkah2 otak yang kian menyempit. Memori semalam masih basah. Tangan2 itu layu melambai2 tanda perpisahan. Berbalam2 kian jauh. Mengutus sama doa dan harapan. Terbang mengiringi perjalanan. KLIA menjadi saksi atas perpisahan dan perjanjian majazi kami. Kini setelah hampir sekian ketika. Entah terlunas entah tidak.
Kurang satu minggu. Bakal menyaksikan pertemuan beberapa hati yang terpisah sekian lama. Pertemuan yang pastinya mengharapkan sedikit ole2 dari kota Kaherah. Ole2 hasil perjanjian suatu ketika. Berat sangat! x mampu aku nak bawa semua. Lebih sebahagian masih tersisa di sini. Sebahagian lagi masih x terbeli. Yang ada ini pun entah nampak entah tidak. Maafkan ya! Nanti aku kembali lagi.
Kurang satu minggu ini amat bermakna bagi aku. Apa tidaknya. Kurang satu minggu untuk aku langsaikan taklifan dan tanggungjawab yang masih berbaki. Kurang satu minggu untuk aku nantikan natijah imtihan yang x kunjung tiba. Kurang satu minggu untuk aku merancang jadual kehidupan aku di tanah air, kurang satu minggu untuk aku mencari sedikit ole2. Ya! kurang satu minggu untuk aku meninggalkan kota kaherah. Tinggal aku menghitung ketika…
Terkilan rasanya. Meninggalkan kota Kaherah yang sedang dalam fatrah kemuncak. Fatrah majlis2 ilmu dan program2 thaqafah sedang rancak. Fatrah taklifan yang semakin menggila. Fatrah yang mematangkan. Ya! Saifi tahun lalu mematangkan. Tinggallah kota Kaherah. X mengapa… kelak kita bersua jua.
Sahabat2 yang masih tegar dalam perjuangan. Teruskanlah. Kalianlah mata2 rantai penyambung perjuangan suci ini. Perjuangan yang tiada titik noktahnya. Moga disana Allah ganjarkan nusrah yang x tersangka2. Ingatlah akan janji Allah : "Wahai orang2 yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad : 7) . Semoga kita terus istiqamah dan diberi hidayah atas jalan-Nya.
"Siiru 'Ala Barakatillah"
No comments:
Post a Comment