Friday, June 15, 2007

Bacalah Dengan Tartil

Firman Allah SWT: "Dan bacalah Al-Quran itu secara tartil (bertajwid)" (Al-Muzammil: 4). Sabda Rasulullah: “Sebaik2 dikalangan kamu ialah org yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majjah).
.
Melihat kepada mafhum dalil Al-Quran dan hadis yang saya datangkan di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah manakala hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain (wajib) ke atas semua orang islam.
.
Saya begitu terpanggil untuk membicarakan tajuk ini apabila melihat fenomena yang menyedihkan yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan pelajar2 jurusan agama khususnya mahasiswa/i Al-Azhar apabila terdapat segelintir mereka yang tidak mampu membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baik dan bertajwid. Gejala ini adalah sesuatu perkara (gharib) yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan mahasiswa/i kita. Mahasiswa/i yang saya kira telah dididik seawal sekolah rendah sehingga kini ke peringkat ijazah untuk membaca dan menghafaz ayat2 suci Al-Quran. Sepatutnya kita lebih terkehadapan dalam mengasai ilmu tajwid ini secara teori mahupun amali. apatah lagi system silibus di Universiti Al-Azhar yang telah menetapkan perlu menghabiskan hafazan sebanyak 2 juzuk setiap tahun selama 4 tahun pengajian.
.
Fenomena ini berpunca daripada sikap mahasiswa/i sendiri yang hanya mempelajari dan menguasai teori2 ilmu tajwid tanpa ada praktikal secara mushafahah dengan guru2 yang mahir (mungkin malu), tidak berusaha meningkatkan mutu bacaan, dan jarang membaca Al-Quran. Natijahnya kita akan melihat mahasiswa/i kita semakin hanyut jauh dan jauh dari Al-Quran.
.
Dalam peperiksaan syafawi atau tahriri (lisan atau bertulis) bagi matapelajaran Al-Quran misalnya, mahasiswa/i kita hanya lebih tertumpu kepada penguasaan hafazan daripada mutu bacaan (bertajwid). Natijahnya, bacaan jadi tunggang langgang. Habis semua hukum tajwid dilanggarnya. Asal boleh bunyi. Berbeza dengan sahabat2 kita di maahad2 tahfiz yang ‘dimestikan’ menyemak bacaan terlebih dahulu dengan guru sebelum memulakan hafazan baru bagi memastikan kelancaran bacaan dan peggunaan tajwid yang betul. Benarlah! Bagaimana nak start enjin kereta tanpa ada kunci. Pelik bukan??
.
.
Sabda Rasulullah: "Siapa yang membaca Al-Quran secara mahir, maka dia bersama para malaikat penulis yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran dan dia tersekat-sekat dalam bacaannya (berusaha memperbaiki), maka dia memperoleh dua pahala".
.
Sabda baginda lagi: "Bacalah Al-Quran karena dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya" (Riwayat Muslim).
.
Akhirnya, suka saya mengajak sahabat2 bermuhasabah seketika atas apa yang telah saya titipkan, agar kesempatan dan peluang yang kita ada tidak lagi kita sia2kan. Sempurnakanlah tanggungjawab kita yang pertama تعلم القرءان (mempelajari Al-Quran) dan seterusnya علمه (mengajarkannya) kelak kepada masyarakat agar nanti kita menjadi yang terbaik di sisi Allah swt serta mendapat keredhaan dan kerahmatan dari-Nya, insyaAllah.
.
Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mensyukuri." (Fathir:29-30)
.
Marilah sama2 kita istighfar kepada Allah swt. Semoga Dia terus memberi kita kekuatan untuk sentiasa istiqamah memperbaiki diri kita daripada yang baik kepada yang lebih baik. Dan tidak sekali2 membiarkan kita alpa sehingga tega menjadi fitnah bagi golongan agama yang akhirnya mengikis keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap generasi ulama’, wal’iazubillah.

1 comment:

Abdullah Idris said...

Saya setuju dengan tulisan anda.Melalui pengalaman saya mengajar al-Quran, masih begitu ramai umat Islam yang begitu lemah apabila disuruh membaca al-Quran secara bertajwid.

Pada pendapat saya, berlakunya fenomena ini ialah kerana tiadanya usaha-usaha yang jitu dilakukan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan ilmu tajwid. Apatah lagi hukum mempelajarinya hanya fardhu kifayah.

Kebanyakannya hanya akan menyesal apabila sudah mencapai usia lanjut. Percaya atau tidak, saya mempunyai seorang anak murid berumur 80 tahun.

Ilmu tajwid juga dianggap suatu perkara remeh oleh sesetengah ibu bapa. Ini terbukti apabila ada sesetengah ibu bapa sanggup untuk menghantar tuisyen anak-anak dengan yuran begitu mahal. Tapi, untuk menghantar anak-anak belajar al-Quran dengan bayaran yang tidak seberapa, mereka merasakan suatu kerugian.

"Blog Rujukan Ilmu Tajwid"
Permulaan Ke Arah Mentajwidkan Bacaan Al-Quran.