Monday, March 19, 2007

:: TAUBAT ::

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:

1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.


Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku tidak membayar zakat. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat.

Seorang hamba yang merasakan bahawa dosanya terlalu banyak dan merasakan ianya tidak mungin mendapat keampunan daripada Allah swt akan menjerumuskan dia kepada perkara-perkara berikut :

Pertama: Tidak yakin pada luasnya rahmat dan magfirah Allah swt.
Firman Allah swt: “Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu (Al-A’raf: 156).

Kedua: Berkurangnya keimanan dan keyakinan terhadap qudrah Allah swt mengampunkan dosa hamba-hambanya.
Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang megetahui dan meyakini bahawa hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.

Ketiga: Lemahnya salah satu perasaan yang patut ada pada diri seorang hamba iaitu Ar-raja’ (berharap).
Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.

Keempat: Tidak berusaha untuk bertaubat dan memohon keampunan bagi menghapuskan dosa-dosanya.
Rasulullah saw bersabda: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya seumpama tidak ada dosa bagi dirinya.


Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat. Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).

Rujukan:

1) (أريد أن أتوب ..ولكن (محمد صالح المنجد
2) المعجم المفهرس لألفاظ القرآن الكريم
3) Tafsir Quran Karim


“TAUBAN TAUBAN LIRABBINA AUBAN”

24 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..boleh saya add ustaz dalam yahoo messager?/

Girl_Interrupted said...

ustaz,
mcm mane kalau org tu da bertaubat
but still kembali balik pd yg asal?
mcm mana nk bertaubat btul2?
mcm mana nk tinggalkan perbuatan jahat yg da jd kebiasaan sejak dr kecil lagi?
mcm mane nk tinggalkan betul2 perbuatan 2?
mcm mane x nak kembali balik?
sbb
sye akan buat juga dosa tu walaupun da bertaubat
kenape ye ustaz?
hati saye dah kotor sgt ke?

Anonymous said...

Salam.. ustadz.. saya nk bertaubat.. tp stiap kali saya cuba pasti saya akn buat smula kegiatan mngkar saya tu.. mcm mana saya nk tahu taubat saya da di terima Allah?

Your Average Mat said...

Terima Kasih Ustaz.

Anonymous said...

Askum ustaz...
Bagaimana cara untuk menjadi seorang muslimah yang baik ustaz?
Sedangkan saya slalu bergelumang dgn dosa... Saya telah cuba untuk berhenti melakukan dosa tetapi saya mudah terpengaruh dgn ajakan-ajakan yang tidak bermoral.... pelbagai cara telah saya lakukan tetapi gagal.... saya sebagai seorang yang masih belajar tidak mahu rosak menjadi pelajar yang nakal....

Anonymous said...

salam..ustaz..saya ada pakwe, kami bpada awalnya berjanji tuk tidak melakukan maksiat hati krn matlamat kami inalah Cinta Dia..tapi 2thn bersama, msg2 kami mula melafazkan rindu syg..huhu..kami skrg da cuba untuk bertaubat...kami nak berkawin tak mampu,sama2 masih belajar..mcmana ya ustaz....

Anonymous said...

ustaz,

bagaimana kalau nak mengajak suami taubat bersama? sememangnya hidup kami sebelum kawin penuh dengan dosa. Saya sudah cuba mulakan untuk diri saya, tapi bagaimana cara yang baik untuk mengajak suami saya mendekatkan diri kepada Allah supaya hidup kami lebih diberkati dan dirahmati oleh Nya.

Anonymous said...

salam ustaz...mcm mn nk bertaubat sedangkan takut tidak mampu untuk berubah...pengaruh...tetapi betul2 nk berubah. nak sangat2. ya ALLAH tunjukkan jalan yg lurus.

Anonymous said...

aku plan nak buat umrah akhir thun nie...plan aku sejak awal tahun 2009...dalam ms 2 bulan lg insyaallah ak akan ke tanah suci....tapi hati aku dah berbelah bagi sekarang....aku tak pernah terfikir aku akan lakukan perkara 2 terkutuk dalam masa 2 bulan nie..awal bln lps ak ad kenal dengan 1 lelaki ni..aku pun tak tahu knp ak sng sgt mesra dengan dia...ak dah buat mcm2 maksiat dengan dia....tmsk dah tidur sama...aku rasa berdosa sangat...adakah ini dugaan aku sblm ke tanah suci..aku dah rasa diri kotor n takut nak jalankan ibadat umrah...risau allah x pndg n laknat aku...aku tahu benda yang aku buat salah tapi aku lemah sgt nak menolak...aku nak jadi baik semula...cukuplah apa yang aku dah buat dalam masa 2 bulan nie...aku nak bertaubat tappi takde kekuatan untuk aku...tolong.......ak rasa malu sangat dengan famili aku...kalau mereka tahu apa yang dah jadi dengan aku mesti mereka frust sgt coz aku dilebel sebagai anak yang baik tp sbnrnya hina....

magicaltreats said...

salam ustaz, saya mohon copy entry ni boleh? utk dikongsi dgn rakan2 utk kebaikan bersama. harap ustaz halalkan.

Anonymous said...

Dosa kita akan diampuni Allah selagi kita bertaubat sebelum matahari terbit sebelah Barat dan sebelum nyawa berada di hujung kerongkong...

Dan setiap orang akan mendapat rahmat Allah kecuali orang kafir...

Petunjuk dan Hidayah adalah rahmat Allah yang paling besar yg diberikan Allah kepada seseorang.Dengan hidayah itu dibukakan pintu hati manusia untuk bertaubat..

Bertaubat la...Sesungguh di dalam Islam...paling senang untuk diampunkan dosa..Banyak cara boleh diampunkan dosa...asalkan ikhlas,menyesali dan bertaubat.

Bertaubat la wahai saudara-saudaraku...

Walau telah bertaubat...tetapi masih tergelincir melakukan perkara yang sama...bertaubat la lagi..Sesungguhnya ALLAH MAHA PENYAYANG dan PENGAMPUN...Bersangka baiklah dengan ALLAH

Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan dosa, menangguhkan taubat sehingga sampai ke akhir hayat.

Syaitan sedar, sebesar mana dosa dilakukan anak Adam dan kemudian bertaubat, Allah tetap menerima taubat itu.

Anonymous said...

Dosa kita akan diampuni Allah selagi kita bertaubat sebelum matahari terbit sebelah Barat dan sebelum nyawa berada di hujung kerongkong...

Dan setiap orang akan mendapat rahmat Allah kecuali orang kafir...

Petunjuk dan Hidayah adalah rahmat Allah yang paling besar yg diberikan Allah kepada seseorang.Dengan hidayah itu dibukakan pintu hati manusia untuk bertaubat..

Bertaubat la...Sesungguh di dalam Islam...paling senang untuk diampunkan dosa..Banyak cara boleh diampunkan dosa...asalkan ikhlas,menyesali dan bertaubat.

Bertaubat la wahai saudara-saudaraku...

Walau telah bertaubat...tetapi masih tergelincir melakukan perkara yang sama...bertaubat la lagi..Sesungguhnya ALLAH MAHA PENYAYANG dan PENGAMPUN...Bersangka baiklah dengan ALLAH

Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan dosa, menangguhkan taubat sehingga sampai ke akhir hayat.

Syaitan sedar, sebesar mana dosa dilakukan anak Adam dan kemudian bertaubat, Allah tetap menerima taubat itu.

"Hamba allah swt yg lemah" said...

salam mintak kebenaran copy atikel.. untuk peringatan kawan2

Pujangga Sinis said...

Ustaz, saya nak mintak copy entry ustaz nh, sebab sangat berguna lagi-lagi dalam ustaz menghurai ayat surah az-zumar th...Saya sebelum nh, hanya berpegang secara taklid aje ayat th, padahal banyak maksud dalam ayat th...salam

Anonymous said...

saya pun nak copy jga..terima ksih..sampaikanlah walau satu daripadaku..

Anonymous said...

salam..mhn izin untuk copy sebahagian dr artikel ustaz ye bertajuk 'taubat'..mhn halal.syukran,barakallahufikum

Anonymous said...

As Salam...ustadz,,sy mohon share artikel nya...

Anonymous said...

mohon share ye ustaz..

Anonymous said...

mohon share ye ustaz.

Anonymous said...

mohon share ye..

Anonymous said...

Very rapidly this web page will be famous amid all blogging and site-building users, due to it's pleasant posts

Also visit my web-site :: sold out after crisis

andri pelor said...

Sungguh senang kalo dengar urayan itu...hati2 .kedeungeran yang awam tad.

andri pelor said...
This comment has been removed by the author.
andri pelor said...

Jangan takut tuhan itu maha pengampun ...pelan pelan insya allah bisa