Friday, June 15, 2007

Bacalah Dengan Tartil

Firman Allah SWT: "Dan bacalah Al-Quran itu secara tartil (bertajwid)" (Al-Muzammil: 4). Sabda Rasulullah: “Sebaik2 dikalangan kamu ialah org yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majjah).
.
Melihat kepada mafhum dalil Al-Quran dan hadis yang saya datangkan di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah manakala hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain (wajib) ke atas semua orang islam.
.
Saya begitu terpanggil untuk membicarakan tajuk ini apabila melihat fenomena yang menyedihkan yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan pelajar2 jurusan agama khususnya mahasiswa/i Al-Azhar apabila terdapat segelintir mereka yang tidak mampu membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baik dan bertajwid. Gejala ini adalah sesuatu perkara (gharib) yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan mahasiswa/i kita. Mahasiswa/i yang saya kira telah dididik seawal sekolah rendah sehingga kini ke peringkat ijazah untuk membaca dan menghafaz ayat2 suci Al-Quran. Sepatutnya kita lebih terkehadapan dalam mengasai ilmu tajwid ini secara teori mahupun amali. apatah lagi system silibus di Universiti Al-Azhar yang telah menetapkan perlu menghabiskan hafazan sebanyak 2 juzuk setiap tahun selama 4 tahun pengajian.
.
Fenomena ini berpunca daripada sikap mahasiswa/i sendiri yang hanya mempelajari dan menguasai teori2 ilmu tajwid tanpa ada praktikal secara mushafahah dengan guru2 yang mahir (mungkin malu), tidak berusaha meningkatkan mutu bacaan, dan jarang membaca Al-Quran. Natijahnya kita akan melihat mahasiswa/i kita semakin hanyut jauh dan jauh dari Al-Quran.
.
Dalam peperiksaan syafawi atau tahriri (lisan atau bertulis) bagi matapelajaran Al-Quran misalnya, mahasiswa/i kita hanya lebih tertumpu kepada penguasaan hafazan daripada mutu bacaan (bertajwid). Natijahnya, bacaan jadi tunggang langgang. Habis semua hukum tajwid dilanggarnya. Asal boleh bunyi. Berbeza dengan sahabat2 kita di maahad2 tahfiz yang ‘dimestikan’ menyemak bacaan terlebih dahulu dengan guru sebelum memulakan hafazan baru bagi memastikan kelancaran bacaan dan peggunaan tajwid yang betul. Benarlah! Bagaimana nak start enjin kereta tanpa ada kunci. Pelik bukan??
.
.
Sabda Rasulullah: "Siapa yang membaca Al-Quran secara mahir, maka dia bersama para malaikat penulis yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran dan dia tersekat-sekat dalam bacaannya (berusaha memperbaiki), maka dia memperoleh dua pahala".
.
Sabda baginda lagi: "Bacalah Al-Quran karena dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya" (Riwayat Muslim).
.
Akhirnya, suka saya mengajak sahabat2 bermuhasabah seketika atas apa yang telah saya titipkan, agar kesempatan dan peluang yang kita ada tidak lagi kita sia2kan. Sempurnakanlah tanggungjawab kita yang pertama تعلم القرءان (mempelajari Al-Quran) dan seterusnya علمه (mengajarkannya) kelak kepada masyarakat agar nanti kita menjadi yang terbaik di sisi Allah swt serta mendapat keredhaan dan kerahmatan dari-Nya, insyaAllah.
.
Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mensyukuri." (Fathir:29-30)
.
Marilah sama2 kita istighfar kepada Allah swt. Semoga Dia terus memberi kita kekuatan untuk sentiasa istiqamah memperbaiki diri kita daripada yang baik kepada yang lebih baik. Dan tidak sekali2 membiarkan kita alpa sehingga tega menjadi fitnah bagi golongan agama yang akhirnya mengikis keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap generasi ulama’, wal’iazubillah.

Saturday, June 02, 2007

Adakah Kita Telah Merancang?

Before
.
5 – 6 tahun : Sekolah Pasti
7 – 12 tahun : Sekolah Rendah
13 – 17 tahun : Sekolah Menengah
18 – 19 tahun : Sekolah Menengah Tinggi
20 – 24 tahun : Universiti (Degree)

After (Future)
.
20 - 24 + tahun : Universiti (Degree)
25 – 27 + tahun : Master
28 – 30 + tahun : PhD atau Berkerjaya
31 – … + tahun : Kerjaya tetap
* simbol (+) : atau lebih
.
Saya kira majoriti kita akan lebih tertumpu membuat perancangan masa depan berdasarkan pendidikan dan kerjaya seperti apa yang saya lakarkan di atas. Atau mungkin di sana terdapat mereka yang telah merancang berkaitan masa depan mereka dalam arena dakwah & politik. Tetapi pernahkah terlintas di benak kita untuk kita memikirkan dan merancang membentuk sebuah bait muslim yang berjaya? Lucu bukan??
.
Mentaliti sebahagian besar kita berpendapat perlu menamatkan pengajian sebelum berjinak2 mencari pasangan hidup, seterusnya membentuk mahligai rumahtangga. Apatah lagi telah terikat dengan amanah dan amanat daripada ibu bapa. ‘Budaya’ ini seakan-akan mengongkong akal kita (mahasiswa/i khususnya) untuk merancang dan mengatur langkah.
.
Selepas tamat pengajian akan timbul pula istilah lain. “ Kerjalah dulu… kumpul duit. pastu baru bole fikir soal kahwin…”. “ Duit x der… ko nak kasi anak bini makan pasir?? ”. Apakah yang akan berlaku natijah daripada fenomena ini? Mahasiswa/i hanya akan mendirikan rumahtangga lingkungan umur lewat 20 an atau awal 30 an. Saya tidak nafikan permasalahan yang berlaku. Persoalannya: Adakah kita telah merancang? Saya andaikan begini…
.
Sambungan….
.
20 – 24 tahun : B.A (Degree)
25 – 27 tahun : M.A (Master)
28 – 30 tahun : PhD atau Berkerjaya.
-------------------------------------------------
31 + tahun : Kerja tetap dan berkahwin
32 + tahun : Anak pertama.
33 + tahun : Anak kedua dan seterusnya…
37 + tahun : Anak pertama : masuk tadika atau pasti.
39 + tahun : Anak pertama : masuk sekolah rendah
45 + tahun : Anak pertama : masuk sekolah menengah
50 + tahun : Anak pertama : masuk sekolah menengah tinggi
51 + tahun : Anak pertama : masuk universiti (umur 19)
* p/s: umur tu kalau sempat, jadi planlah awal!
.
So, dari sekarang kita sudah boleh merancang. Merancang masa depan yang baik demi perjuangan kita. Bukan atas dasar nafsu semata2. Tapi atas kesedaran dan tanggungjawab. Segala pertimbangan terletak di tangan kita. Wajar atau tidak. Masuk akal atau kerja gila. Semua itu melihat kepada usaha kita dalam mencapai matlamat. Perlu diingat! Matlamat tidak menghalalkan cara. Selaku golongan yang menuntut ilmu dan faham akan kehendak syariat, maka perjalanan dan percaturan hendaklah di atas landasan syariat. Semoga generasi mendatang bakal meneruskan kesinambungan usaha dan perjuangan murni kita.
.
Coretan kali ini tidak berniat mengguris hati sesiapa atau mengganggu konsentrasi sahabat2. Sekadar renungan kita bersama. Khususnya buat sahabat2 di Mesir yang tidak terikat dengan tempoh pengajian. Fikir bulat2 jangan timbang2. Sesungguhnya kita hanya merancang. Allah jualah penentunya.
Bila nak kahwin yea..?? Apa kata anda?
Pastinya selepas belajar di universiti. dah ada kerja stabil
Pastinya semasa belajar. Boleh kahwin awal!
Bila-bila pun boleh. Ana jenis x kisah...
Huh? Siapalah minat kat aku ni...
Susahlah kahwin. Busy beb!
Nak kahwin! Tapi...
pollcode.com free poll
* Sila berikan teguran andai ada yang tidak berkenan. Salam ceria.